Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000. Juga dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia sebelum diangkat status Public Universiti pada tahun 2007.
Aku merupakan salah seorang mahasiswa yang baru menuntut di IPTA ini. Sebelum ini aku merupakan penuntut dan pemegang diploma Politeknik. Jadi, timbul gugup dan suasana berbeza di Universiti. Ya, aku melangkah jauh dari utara ke selatan membawa harapan segunung batu. Sudah hampir 3 bulan aku di sini.
Ditempatkan bersama pelajar-pelajar yang pernah cemerlang SPM(Matrik) dan STPM berjuang untuk segulung ijazah.
Dari situ juga aku sedar, bahawa banyak rakan-rakan aku yang tidak berjaya ditempatkan di Universiti. Adakah Diploma Politeknik tidak mendapat tempat di kalangan IPTA? Aku juga merupakan pelajar ambilan rayuan yang berusaha untuk masuk ke IPTA ini. Sedikit sebanyak aku merasai kesukaran itu.
Di sini kita perlu faham visi Politeknik dan Universiti yang berbeza. Jadi ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa visi politeknik ialah melahirkan pekerja separa profesional berbanding Universiti melahirkan insan berilmu. Jadi jika difikirkan Politeknik adalah pelajar kebanyakannya yang tidak cemerlang di SPM tetapi mahu meneruskan pengajian seperti aku. Oleh itu, kuota 20% untuk kemasukkan Universiti terhad untuk pemegang diploma. Isu result atau pointer tinggi bukan menjadi isu, kita perlu faham bahawa pelajar matrik kemasukkan lebih ketat, malah sijil matrik tidak laku. Jadi wajarkah pelajar matrikulasi yang terdiri dari bekas-bekas pelajar SBP/MRSM mendapat tempat di Universiti berbanding kita?
Apa yang penting usaha kita dalam menuntut ilmu. Kita juga berhak masuk ke IPTA-IPTA lain. Yang penting usaha kita. Ada juga rakan-rakan aku yang menuntut di USM, UTM, UPM dan lain-lain. Cuma kita tidak boleh mengeluh dan terus berusaha untuk menyambung pengajian.
No comments:
Post a Comment