Itu la senario yang tak dapat dilupakan oleh setiap pelusuk anak-anak kampung tok misai. Kekecewaan 500 penyokong yang sanggup terbang ke Thailand tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kita harus akur bahawa Thailand pasukan yang lebih layak ke final Piala AFF 2012.
Apa yang aku mahu ketengahkan ialah kegagalan dari segi perancangan pembangunan bola sepak negara. Kita masih sama seperti dulu. Taktikal yang sama dan susur alur perancangan yang tidak sistematik. Liga Malaysia kini telah nampak sebarang perubahan yang ketara. Mula timbul perancangan yang terancang tapi tidak bagi skuad Harimau Malaya yang mewakili tanah air kita. Hala tuju yang berliku-liku dan tidak konsisten. Bagaimana kita sebagai penyokong yakin dengan hala tuju skuad Harimau Malaya?
Banyak perlawanan persabahatan diatur tetapi tidak membuahkan hasil. Gagal. Puncanya ialah dari segi mentaliti pemain sendiri dan pentadbiran serta disusuri kegagalan jurulatih mencipta sesuatu yang baru. Taktikal dan penyakit sama Malaysia berulang seperti tendang ke laut dan hilang fokus dalam permainan. Tidak perlu nyatakan kesalahan yang lain sebab ia stereotype. Masih banyak skuad Harimau Malaya perlu belajar dari kegagalan ini. Ranking, perlawanan berkualiti, taktikal dan lain-lain.
Kita sebagai penyokong hanya mampu meniupkan semangat juang dalam permainan. Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri. Aku cuma penyokong yang melihat di kaca TV yang meniupkan semangat pahlawan kita. Tak kira kau Ultras yang berjoget, apek sayur yang dengar di corong radio, budak bikers dan lain-lain. Tujuan kita cuma satu, mengharapkan Harimau Malaya berjaya.
2 comments:
bersabarlah penyokong malaya :)
kita harus bersabar menunggu perubahan :)
Post a Comment