Kelulusan tinggi bukanlah menjanjikan kita adalah marhaen yang mulia. Pergolakan dunia sekarang masing-masing mempertahankan kepentingan diri tanpa memikirkan alam. Bak kata mereka, mereka berperang demi mempertahankan keamanan sejagat. Sudah muak aku dengar. Baik dari segi politik negara mahupun global.

Itu pasal dunia. Mau tulis novel kalau bercakap pasal dunia ni. Memang tak habis. Apa yang penting dalam hidup ialah kita sebagai manusia di muka bumi hidup dengan penuh syukurnya. Bukannya mensia-siakan hidup dengan keringkan air liur mengata.
Aku acap kali juga dengar luahan rakan-rakan berkaitan masalah rakan mereka yang mengaku dirinya hina dan orang lain mulia. Bodoh! Siapa kita untuk melabel diri orang lain Hina?
Perlu difahamkan, semua manusia pernah melakukan kesilapan. Sejak azali lagi kita dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih dari dosa. Cuma perbezaannya, bila kau besar, kau mengikut nafsu-nafsi. Tak hairanlah beruk garu kepala lihat perangai manusia sekarang.

Ini berok menganjing manusia ke ni?
Makna mulia itu sendiri perlu diterjemahkan daripada pelbagai pecahan spektrum yang meriah.
Mulia bukan bererti kau confirm masuk syurga. Ia haruslah bermula dari rohani dan diikuti jasmani.
"Aku kotor, jijik, hina". - Kata member aku.
Dia mengaku. Aku hormat dia. Tapi jika sekalipun jahat kau pada masa yang lalu. Tak perlulah kau berlebih-lebih meratapi kesalahan yang lalu. Salah kau juga mengikut nafsu-nafsi. Sebaliknya, kau harus mencari keredhaanNya. Allah tak pernah meminta. Cuma kita kadang-kadang sebagai manusia yang lupa asal-usul kita.
Tuntasnya, tak perlulah kita sebagai manusia, rakyat, jiran, rakan, sekeluarga sibuk melunjurkan jari masing-masing menunding salah orang lain. Kita harus melihat diri kita sendiri. Come on! Open you mind. Life is not easy as you expect.
"Baguslah kalau dah sokong 1Malaysia dari menunding."-
2 comments:
yeah ! sokong ! hahaha.. (amenda aq komen nih ar)
zzz. ank kan fening. mmg cmtu.
Post a Comment