Lusa adalah penutup tirai bagi tahun 2010. Tuntasnya, ia juga adalah 3 tahun genap aku dalam penulisan blog. Bila baca balik entri lama-lama rasa lucu dan mentah pula penulisan aku dulu. Ya, sebenarnya penulisan dalam blog juga harus matang. Pesan blogger terkenal BlueHikari.
Berbalik pada situasi semasa, Malaysia telah pun berjaya menggondol Piala AFF Suzuki 2010. Aksi mereka bagaikan wira. Safee dijulang bagaikan wira Azman Adnan dan lagenda SuperMokh. Khairul Fahmi bertindak cemerlang. Bagi aku, Khairul Fahmi adalah pemain paling bernilai. Tahniah Malaysia.

Masa ni kot study nk defeat indon! Hahaha
Akhirnya aku juga menemui blog dari aweks Khairul Fahmi. Blog dia meletup setelah Malaysia menang. Lawatlah kalau ada kelapangan http://jejariruncing.blogspot.com .
Lawak juga aku baca penyokong indon ditipu hidup-hidup bahawa menyatakan Safee orang Aceh. Habis kecoh Indon digesa menyiasat perkara itu. Padahal ia cuma cakap-cakap oleh blogger terkenal tersebut. Haha.
Habis orang indon dikencing. Aduh. Orang indon ni memang suka bikin serius mah.
1 comment:
najib...aq dtg mengomen..hahahahhahaha.. =P
Post a Comment