
Dalam satu rangkaian laman sosial iaitu Facebook heboh memperlihat rata-rata warga Indonesia dan Malaysia bertengkar sesama sendiri di salah satu page Nike Football Malaysia. Dari pemerhati saya, dapat disimpulkan bahawa mentaliti kedua-dua pihak sangat rendah.
Kejadian nie berlaku sebabnya kerana Indonesia tewas 0-3 kepada Malaysia dalam perlawanan Final AFF Suzuki 1st Leg yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam.
Kedua-dua pihak dilihat bermatian-matian membuat sumpah seranah mempertahankan ego masing-masing sehinggakan kumen mencapai 12,068. Kira kalau baca semua tu, mau pening sampai seminggu.
Jadi saya harap kita warga negara Malaysia usahlah terpengaruh dengan provokasi Indonesia. Bahkan dilihat sia-sia dan menjadikan kulit kita kematu menaip setiap huruf yang kabur-kabur di keyboard.
Apapun, tahniah kepada pemain Malaysia yang berjuang demi negara. Tak dapat dikatakan lagi, anda Hebat!
2 comments:
tunggu lawan kat jakarta dulu..baru boleh puji melangit...ada brani turun?
huhu. nnt kene serang..tp awek indon lawa..hahha
Post a Comment