Gustav pernah beritahu aku "Jangan menyintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka".
"Tapi aku mahu berusaha Gustav! Cinta itu bukan datang dengan sendirinya."balas Khan.
"Ahh! Palsu! Jika dia telah berkasih beberapa pemuda lain, bererti cintanya kosong dan hampa; dan sebab dia kasihmu hanya untuk menunggu pemuda yang lebih gagah daripadamu tiba. Kau hanya tahu mencintai seorang seumur hidup sama saja kau menyatakan sebatang lilin akan terus menyala selama hidup kau."kata Gustav dengan nada tinggi.
"Meskipun dia tidak jatuh cinta padaku, aku mahu isikan hatinya sampai penuh dengan cinta terhadap dirinya sendiri, nanti semua yang tumpah mungkin adalah untukku."kata Khan.
Gustav dengan penuh kehairanan berkata "Mungkin adalah untuk kau? Masakan mungkin?".
"Tuhanku yang satu iaitu Allah akan menentukan, kita hanya berusaha dan merancang."kata Sulaiman Khan dengan yakin.
Gustav diam. Mengerti kata kawannya Khan itu. Dia berseloroh kembali "Kau tahu khan, lelaki ini selalu mengejar cinta pertamanya, manakala perempuan selalu menunggu cinta terakhirnya."
Khan menjawab " Itu cuma peribahasa orang dulu kala."
"Peribahasa ini jugalah yang mengajar kesilapan manusia. Kadang-kadang kita tak sedar kalau kita menyeksa diri sendiri dalam bercinta."balas Gustav.
"Biarlah aku dicintai sedikit, tetapi abadi. Hidup laksana bunga, cinta ialah madunya."balas khan.
Gustav bangkit berkata dengan sungguhnya "Hanyalah dengan menyintai Tuhan dan Rasul-Nya, cinta itu khalis dan kudus khan."
"Cinta itu adalah jiwa, tak dapat dipisahkan cinta sejati. Aku mencintainya tiada sebab, dan aku membencinya juga tiada sebab. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi mengbangkitkan semangat. Mungkin mulutku biasanya tertutup bisu, tidak banyak berkata-kata, tetapi mataku berkata-kata dengan hati yang marah." ujar Khan.
"Sudahlah, kalau memang benar, demi cinta nyawa tidak bererti."Balas Gustav mengakhiri skrip.
Pss: Hak Cipta terpelihara oleh najib. haha
No comments:
Post a Comment