Masuk hari ni dah dua hari aku berpuasa. Harap-harap ramadhan kali ini ada kelainannya bagi diri aku.
Teringat zaman dulu-dulu puasa. Berbuka selepas waktu zohor. Setengah hari katakan. Ye la, masa itu aku kecil. Mana tahan dengan dugaan iklan makanan di TV. Ingat juga masa dulu-dulu curi makan belakang peti ais. Tapi masa kecil la.
Itu kisah aku. Di luar pula, pemain Bola German iaitu Sami Khedira, Mesut Ozil dan Serdar Tasci juga berpuasa. Jadi, sebagai seorang muslim sejati(cewahh), aku tidak akan kalah pada mereka.
Mudah-mudahan, aku harap ramadhan kali ini berjalan dengan lancar.
Ps: Menu apa nak bersahur di rumah sewa nanti? Meggi? Erk.
No comments:
Post a Comment