May 15, 2010

Present a play as undertaker

Kuliah BI.

Semasa persembahan kumpulan lain, aku kelam kabut menyiapkan tugasan. Semasa persembahan, salah seorang ahli kumpulan , Alia memetik nama aku untuk dijadikan pembantu persembahan mereka.

Aku terpan. Hal ini tidak dirancang. Kenapa perlu berlaku? Tidak!

Aku lantas bangun dengan berani dan gagah menyusuri pentas mini. Mereka meminta aku melakonkan sesuatu watak untuk diteka kawan-kawan aku. Aku yang masih keliru terus melakonkan watak penggali kubur.

Puas aku berpura-pura memegang cangkul bak kata sedang mencangkul tanah. Satu kelas kuliah gelak. Tetapi semua dungu meneka benda lain. Antaranya membajak tanah, tanam pokok dan macam-macam lagi. "Bodoh cam tenuk!" getus hatiku yang penat melakonkan watak camdoh.

Selepas hampir 5 minit melakonkan gaya yang sama, seorang jejaka cerdik berjaya meneka dengan tepat. Akhir lakonan itu, teacher BI pun menyampuk "Najib, maybe you are not good actor". Keriuhan kelas berkumandang gelakkan aku. Dalam hatiku berkata "Indahnya seorang penggali kubur". Tamat.

No comments: