Dec 1, 2009

The Blues Mengaum, Malaysia Bisu


Manchester United, Liverpool dan terbaru Arsenal sudah menjadi mangsa The Blues. Persada liga menyaksikan skuad biru ini menerajui liga dengan jentera serangan yang diketuai ayam hitam iaitu Drogba. Gol-gol menarik dan permainan pantas telah dipertontonkan oleh kedua-dua pasukan.

Sedihnya, berbeza situasi bolasepak Malaysia sama ada negeri mahupun negara. Seolah-seolah semua pihak alpa memerhatikan bahawa bola sepak Malaysia kini yang kian parah. Restoran-restoran mamak dipenuhi peminat-peminat bola sepak yang berpusu-pusu melihat perlawanan antarabangsa bukannya pasukan kebangsaan. Anak-anak kecil lebih gemar memakai jersey luar berbanding jersey kebangsaan. Kalau begini keadaannya, sampai bila pasukan kebangsaan hendak maju? Sampai bila peminat perlu menunggu? Fikir-fikirlah..




No comments: