Jangan abah! Jangan kurung adik dalam bilik air gelap ni. Adik takut! Tempat ni gelap, abah! Abah!! Abah!!
Buka pintu ni abah. Adik rayu abah. Adik takut gelap. Mama, tolong adik! Adik takut gelap. Abah kurung adik. Abah tak sayang adik. Abah tak kesian kat adik. Mama kesian kat adikkan? Mama, bukalah pintu ni. Adik takut gelap!
Aku berteriak sambil menitis air mata. Aku menangis sebab abah kurung aku dalam bilik air. Puncanya, aku selalu mandi lama dalam bilik air. Abah dah nasihatkan aku. Salah aku juga sebab tak ambil peduli.
Tapi aku kecil lagi masa tu. Aku seronok tengok air dan main air. Sejuk. Tetapi abah selalu marah aku. Jadi satu malam tu, dia kurung aku dalam bilik air. Katanya, aku asyik main air sampai lupa abah tengah tunggu lama nak imamkan solat Isyak.
Abah kunci bilik air. Abah tutup lampu. Gelap. Aku cuma dengar air melimpah dalam baldi. Aku takut. Mama, abang dan kakak tak nak pun buka pintu walaupun aku dah lama dalam bilik air. Aku takut. Abah dah tak sayang aku lagi, fikir aku.
Aku kena kurung sampai aku terlelap.
Sedar-sedar esok aku dah terbaring atas katil. Aku tertanya sendirian. Aku dalam bilik air semalam kan?
Tidak lama lepas tu, mama masuk bilik. Mama duduk sebelah aku sambil pandang aku dengan anak mata jernih. Berkaca. Mama usap kepala aku.
Mama cakap, adik, adik tahu tak abah menangis sebab adik semalam? Abah sayangkan adik. Dia kurung adik sebab nak adik belajar. Dulu abah susah. Abah terpaksa angkut air dari sungai tiap-tiap malam untuk bersihkan diri. Abah kerja keras turun bendang nak sara keluarga dan adik beradik yang ramai. Pernah satu hari, abah balik lambat. Baju abah kotor. Abah tak sempat bersihkan diri. Bila uwan buka pintu dan nampak abah kotor masuk rumah, abah terus kena libas dengan batang buluh. Abah tak dapat nak buat apa-apa, cuma menangis tahan sakit. Masa tu uwan tegas. Sekarang adik faham? Abah nak adik hargai setiap titik peluh abah. Dulu abah berdepan saat sukar nak dapatkan air. Dulu, dia minum air sawah nak hilangkan dahaga selepas penat bekerja. Abah sayang adik. Sebab itu dia buat macam ni. Masa adik tidur, dia buka pintu bilik air dan dukung adik ke katil. Abah kita tu sayang adik!
Kini aku sedar, abah terlalu sayangkan aku. Cuma aku yang tak mengerti kasih sayang abah. Aku tanya mana, boleh adik minta maaf kat abah tak? Mama jawab, boleh. Pergilah. Abah tengah tunggu adik tu.
Terima kasih abah. Adik sayang abah!
Selamat Hari Bapa 2009!

2 comments:
Tq. Bila besar najib nak jadi hero. Itu dulu. Sekarang Najib hendak jadi ......Siswa.he he he he.
aku cuma ingat masa hang kena kurung dengan kak chaq. ho3..
i believe u r d very good son, bro!
kau juga bakal jadi bapa. yg akan faham jerit perit, manis bahagia bergelar bapa. insyallah.
Post a Comment