Jan 19, 2011

Siapa Melissa?


Setiap kali aku lihat langit selepas hujan, aku teringatkan kisah dulu. Aku buta mengejar. Dalam hati selalu ucapkan "Aku adalah orang tabah". Lalu, dalam tak sedar angin berlalu dan ucapkan "Terima Kasih". Adakah aku semakin tabah? Aku tiada jawapan untuk itu. Aku terus berjalan ke hadapan.

Melissa cakap "Jadi, lepaskan ia! Maju lah kau dan jangan berhenti. Jangan kalah pada arus masa. Kau harus mendapatkan kembali hidup kau yang sebenar. Sebab kau tentu tak nak kehilangan sesuatu yang berharga kerana ia bukan? Ini hidup kau. Jika dia tak pedulikan penderitaan kau. Masakan dia akan mengejar kau kembali? Itu bukan cinta namanya. Kalau dia betul cintakan kau. Pasti sekarang dia akan mengejar kau. Tapi sekarang? Lihat? Masih sama? Adakah dia terlalu bisu untuk mengucapkan sesuatu beharga di depan matanya? Sedangkan kau menunggu perubahannya? Apa gunanya kau menunggu? Kau tahu. Cinta tak bodoh. Manusia yang sebenarnya bodoh kerana biarkan diri mereka diperbodohkan cinta.

Siapa Melissa? Sampuk Ali. Kawan aku.

Hah! Melissa. Wanita itu baru aku tegur di kaki lima tempoh hari. Tapi hairan. Aku tak ingat peristiwa itu. Lalu jawapanku mematikan segera perbualan misteri wanita bernama Melissa.

Tuhan. Siapa Melissa? Aku bagaikan hilang ingatan. Mimpikah aku? - getus aku sendirian.


Ps: Hikmah Allah ini besar pengertiannya.