Esok tamatlah paper final exam aku. Lega rasa hati. Moga-moga semua berjalan dengan lancar. Tempoh hari Alor Setar banjir. Aku terperangkap dalam pekan yang sibuk dengan mangsa banjir. Mungkin ini ujian tuhan kepada kita. Harap semua terima dengan hati terbuka.
Dia pernah cakap "Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.". Aku angguk setuju. Cuba mengerti isi hatinya yang berserabut. Aku perasan dalam cakapnya banyak perkataan "TAPI". Barangkali fikirnya kalau terjadi sekalipun hubungan, akan ada''TAPI''. Aku tunduk mengerti.
Barangkali dalam hatinya berkata "tidak akan terjadi". Ya, aku pasti. Kerana setiap percakapannya jika terjadi sekalipun akan ada "Tapi". Maknanya tapi itulah yang menghalang antara aku dan dia. Itu cakapnya. Aku kecewa. Tapi, harap aku dia bahagia. '
Pss: Jika aku sendiri yakin pada diri. Tidak guna juga. Kerana dia begitu.
No comments:
Post a Comment