Dulu- dulu aku punya ramai cikgu prihatin pada aku. Kisah dulu aku ini masa aku Form 5.
Aku akan beri sedikit ulasan tentang cikgu-cikgu aku. Jangan marah ya cikgu.
Cikgu Zaini
Aku akan beri sedikit ulasan tentang cikgu-cikgu aku. Jangan marah ya cikgu.
Cikgu Zaini
- Orangnya sensitif. Peka terhadap masalah sosial remaja. Jiwanya acap kali bersuara tentang maruah diri. Merupakan guru yang bertimbang rasa. Seorang cikgu yang boleh diajak bersembang isu terkini dengan penuh perasaan. Tajuk sensitif dan utama yang dibincangkan ialah " Lorong Kereta Api". Haha..
- Mangsa guraun guru : Aku, Nabil dan Arfan
Ustazah Khadijah
- Seorang ustazah yang selamba. Selalu tahu apa yang difikirkan dalam fikiran kami. Suaranya yang melemparkan kritikan pedas atas kesalahan kami membuatkan kami menepuk dahi sendiri. Amaran! Jangan sesekali cuba berbisik tentang isu terkini. Dia tahu semuanya. Ahaks
- Mangsa guraun guru : Nabil, Arfan, Firdaus dan aku
Cikgu Badariah
- Seorang cikgu yang berdedikasi. Sungguh bersemangat bila mengajar. Sangat mengambil berat masalah pelajar. Soalannya kadangkala membuat pelajar terpinga-pinga. Kerja yang kreatif. Selalu menitikberatkan solat. Akhir kata, Tabik Spring!
- Mangsa guraun guru : Arfan, Nabil, Yusfanizam dan Firdaus
Teacher Shahrizan
- Happy. Cuma itu yang boleh diungkapkan. Simple. Tapi mudah difahami. Senyumannya membuatkan pelajar turut gembira. Apabila marah.....Semua pelajar tunduk ke bawah. Bukan apa, barangkali memikirkan terjemahan bahasa Inggeris. Haha.
- Mangsa guraun guru : Nabil, Arfan dan Yusfanizam
Cikgu Roseani
- Seorang cikgu yang paling bertimbang rasa. Marah tidak wujud dalam kamusnya sepanjang kami belajar. Sungguh peramah dan berjiwa jitu. Kata orang "masuk kepala". Haha. Sudi melayan kerenah kami sepanjang kami belajar. Mempunyai kucing yang comel yang memakai spender~ =.=
- Mangsa gurauan guru : Syukri, Aku, Nabil dan Arfan
Teacher Ong Che Kea
- Seorang guru yang rajin dan bersungguh-sungguh. Jitu sekali jiwanya. Bagaikan hutan. Kata orang dia seorang guru yang dedikasi. Dari apa yang kami lihat, boleh disingkapkan cuma satu perkataan " Betul! "
- Mangsa gurauan guru : Syukri, Nabil dan Firdaus
Cikgu Rozee ( Sejarah )
- Bersungguh-sungguh mempertahankan martabat bangsa. Sejarah adalah segala-galanya. Pernah sekali. aku tidur mimpikan hidupku di zaman PraSejarah. Disebabkan tunjuk ajarnya. Tidak salah lagi!
- Mangsa gurauan guru : Nabil, Yusfanizam dan Arfan
Cikgu Rozi ( Geo )
- Apa yang boleh dikatakan tentang guru ini ialah rajin dan berwibawa. Merupakan cikgu cemerlang. Tak kira murid ataupun guru, semua mahu menjadi sepertinya. Amacam? Ini bukan cerita GTO ok. Ini biasa-biasa. Guru yang tidak pernah mensia-siakan masa. Sangat bersemangat untuk mengajar tak kira dalam apa jua situasi. Tahniah cikgu!
- Mangsa guraun guru : Semua. Respect sama Cikgu!
Terima Kasih Cikgu.
Kerana mendidik kami menjadi dewasa.
Biar jasa jadi kenangan!
Kerana mendidik kami menjadi dewasa.
Biar jasa jadi kenangan!
No comments:
Post a Comment