Kisah ini masa aku zaman sekolah rendah dulu. Inilah antara kenangan aku menaiki pentas dengan gemilang dan jayanya. Sebabnya aku diberi penghormatan anugerah istimewa iaitu "Pelajar Aklak Terpuji".
Detik bersejarah ini bermula dengan kisah aku menjumpai beg tangan di sebuah tapak permainan di perhentian rehat Gurun, Kedah. Bila nampak saja beg tangan tu, aku terus memerhatikan orang sekeliling. Manalah tahu jika owner beg tangan itu masih di situ. Terus aku mendekati beg tangan itu dan menyimpan dengan perasaan takut jika orang tersalah anggap. Hati manusia siapa tahu bukan?.
Aku beritahu keluargaku. Tak silap aku pemiliknya asal Perak. Selang dua hari pemiliknya datang ke rumah dan berterima kasih kepada keluargaku.
Sebulan kemudian, aku diberitahu oleh cikgu Wahiyunah yang aku telah diberi penghormatan anugerah tersebut. Mulanya, aku bingung. Aklak terpuji? Ah. Sudah. Bila masa pula aku menjadi contoh teladan akhlak terpuji ni? getus aku sambil senyum kambing sendirian.
Korang tahu? Selepas dapat anugerah tu, langkahku bergaya lagi gemilang! Yeah!

1 comment:
semoga tuhan memberkatimu
Post a Comment