Jul 13, 2009

Apa itu Cinta?


Satu persoalan yang sering bermain di fikiranku. Cinta. Tak salah perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Dunia dan segala isinya akan kosong tanpa naluri dan nafsu. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. Suci.

Ramai yang berkata kita harus memilih pasangan yang selalu membuatkan kita bahagia. Salah. Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hambanya yang terpilih. Ia bukan ciptaan manusia.

Kesusahan dan penderitaan itulah yang menyebabkan kita mengerti betapa indahnya sesuatu perasaan.

Pss : Pedihnya cinta, hanya aku yang rasa -

No comments: