Sep 14, 2013

Coretan Part 1

Tahun 3 semester 1. 

Aku dah setahun belajar di Melaka.  Rumah sewa di durian tunggal. Dekat dengan Universiti aku tapi jauh dengan bandar. Tak boleh la nak geli-geli dah. Haha. 

Budak rumah sewa aku di Melaka ada ramai budak Selangorian. Jadi budak kedahan macam aku selalu kena perli. Mereka suka bahasa aku. Kadangkala aku sengaja sebut, sebab aku tahu depa akan gelak. Aku tak kesah sangat.

Betul kata orang, merantau ini banyak dugaan. Sini kau cuma ada diri kau dan kawan-kawan yang boleh bantu kau sedikit sebanyak untuk kuat teruskan hidup ini.





Aug 30, 2013

Antara Sebak dan Tabah

Actually dah lama aku tak menulis dalam blog. Bukan apa, dunia blog seakan-akan malap dengan kehadiran teknologi dan aplikasi baru. Tetapi ini mungkin diari yang tersimpan untuk coretkan apa yang tidak boleh aku luahkan.

3.54 pagi. Baru balik lepas lepak dengan kawan aku. Dalam gelak tawa rupanya, ada tersembunyi cerita yang membuatkan suasana hening dan sepi seketika. Member aku kena brain tumor. Stage 3. Bersahaja saja dia cakap. Aku dan yang lain kelu tanpa kata-kata. Kami antara orang yg terawal tahu. Member yang lain mungkin tidak tahu lagi sebab masing-masing jauh di perantauan.

Aku sebak. Kami semua cuba buat-buat lawak. Tapi awkward moment tu tetap wujud bila tiba waktu tak cakap apa-apa. Dia tabah. Itu yang aku boleh cakap. 

Dari kata medical check-up di Australia, dr cakap surgery is very risk. Cuma ada pilihan radiation theraphy and Kimo. Sebak sebab dia cakap terpaksa balik Malaysia sebab penyakit ni. Mak dia tak tahu. Dia cuma cakap dia kecewa sebab risk untuk sambung pengajian dan tamatkan Degree tipis.

Kadang-kadang bila tiba waktu macam ni kita akan rasa yang kita ini bertuah sebenarnya diberi nafas dan kesempatan untuk menikmati kehidupan dunia tanpa rasa gelisah dan kecewa. Dia suruh rahsiakan dari kawan yang lain. Mungkin suatu hari nanti, dia akan beritahu sendiri. Mungkin ketika itu dia berada di atas katil? Sama-sama kita doakan dia. Amin.

Apr 19, 2013

2 Jenis

Bila kau dapat apa yang kau nak, kau adalah winner.
Kalau kau hilang sesuatu yang kau kejar, kau loser.

Hidup ini mudah. Kalau hidup kau tidak berdendam dengan orang sekililing kau. Hidup pasti lebih bermakna. Itu kata mak aku. Dejayu always happen~

Feb 20, 2013

Minggu Pertama

Semester 2 di UTem. Minggu pertama masih tidak hadir ke kelas. Haha. Result semester lepas tidak lah best sangat. Harap lebih baik dari semester lepas.

Lutut dalam condition yang sakit. Dah booking fisioterapi. 4/3 datang ini kena hadir. Malasnya.

Dec 26, 2012

Anak Saudara Pertama !

Aku dapat anak saudara baru. Boy.
Alhamdulillah. Tahniah pada abang An dan kak nana :)

Boboi

Dec 16, 2012

UTeM dan IPTA

UTeM.jpg



Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000. Juga dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia sebelum diangkat status Public Universiti pada tahun 2007.

Aku merupakan salah seorang mahasiswa yang baru menuntut di IPTA ini. Sebelum ini aku merupakan penuntut dan pemegang diploma Politeknik. Jadi, timbul gugup dan suasana berbeza di Universiti. Ya, aku melangkah jauh dari utara ke selatan membawa harapan segunung batu. Sudah hampir 3 bulan aku di sini.
Ditempatkan bersama pelajar-pelajar yang pernah cemerlang SPM(Matrik) dan STPM berjuang untuk segulung ijazah.

Dari situ juga aku sedar, bahawa banyak rakan-rakan aku yang tidak berjaya ditempatkan di Universiti. Adakah Diploma Politeknik tidak mendapat tempat di kalangan IPTA? Aku juga merupakan pelajar ambilan rayuan yang berusaha untuk masuk ke IPTA ini. Sedikit sebanyak aku merasai kesukaran itu.

Di sini kita perlu faham visi Politeknik dan Universiti yang berbeza. Jadi ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa visi politeknik ialah melahirkan pekerja separa profesional berbanding Universiti melahirkan insan berilmu. Jadi jika difikirkan Politeknik adalah pelajar kebanyakannya yang tidak cemerlang di SPM tetapi mahu meneruskan pengajian seperti aku. Oleh itu, kuota 20% untuk kemasukkan Universiti terhad untuk pemegang diploma. Isu result atau pointer tinggi bukan menjadi isu, kita perlu faham bahawa pelajar matrik kemasukkan lebih ketat, malah sijil matrik tidak laku. Jadi wajarkah pelajar matrikulasi yang terdiri dari bekas-bekas pelajar SBP/MRSM mendapat tempat di Universiti berbanding kita?

Apa yang penting usaha kita dalam menuntut ilmu. Kita juga berhak masuk ke IPTA-IPTA lain. Yang penting usaha kita. Ada juga rakan-rakan aku yang menuntut di USM, UTM, UPM dan lain-lain. Cuma kita tidak boleh mengeluh dan terus berusaha untuk menyambung pengajian.







Dec 15, 2012

Sebab Harimau Malaya Tumbang !

Harimau Malaya tumbang !

Itu la senario yang tak dapat dilupakan oleh setiap pelusuk anak-anak kampung tok misai. Kekecewaan 500 penyokong yang sanggup terbang ke Thailand tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kita harus akur bahawa Thailand pasukan yang lebih layak ke final Piala AFF 2012.

Apa yang aku mahu ketengahkan ialah kegagalan dari segi perancangan pembangunan bola sepak negara. Kita masih sama seperti dulu. Taktikal yang sama dan susur alur perancangan yang tidak sistematik. Liga Malaysia kini telah nampak sebarang perubahan yang ketara. Mula timbul perancangan yang terancang tapi tidak bagi skuad Harimau Malaya yang mewakili tanah air kita. Hala tuju yang berliku-liku dan tidak konsisten. Bagaimana kita sebagai penyokong yakin dengan hala tuju skuad Harimau Malaya?

Banyak perlawanan persabahatan diatur tetapi tidak membuahkan hasil. Gagal. Puncanya ialah dari segi mentaliti pemain sendiri dan pentadbiran serta disusuri kegagalan jurulatih mencipta sesuatu yang baru. Taktikal dan penyakit sama Malaysia berulang seperti tendang ke laut dan hilang fokus dalam permainan. Tidak perlu nyatakan kesalahan yang lain sebab ia stereotype. Masih banyak skuad Harimau Malaya perlu belajar dari kegagalan ini. Ranking, perlawanan berkualiti, taktikal dan lain-lain.

Kita sebagai penyokong hanya mampu meniupkan semangat juang dalam permainan. Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri. Aku cuma penyokong yang melihat di kaca TV yang meniupkan semangat pahlawan kita. Tak kira kau Ultras yang berjoget, apek sayur yang dengar di corong radio, budak bikers  dan lain-lain. Tujuan kita cuma satu, mengharapkan Harimau Malaya berjaya.