Jul 31, 2012

Detik

Berdoa dan berusaha ! Bukan mengeluh ~

Tuhan ingin kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah, sebelum bertemu dengan orang yang tepat.
Kita harus menghargai setiap detik kurniaan itu.

Kadangkala ia mengajar kita lebih matang dalam bercinta, dan juga menilai arti kehidupan. Lebih pasti membuatkan kita lebih menghargai pasangan kurniaan-Nya itu yang akan menemani kita hingga ke syurga. Aku ambil petikan dari Joyce Brothers "The best proof of love is trust".

Without that, that nothing you will gain. Obviously, manusia  selalu menyalahkan keadaan yang menjadikan mereka begitu. Seolah-olah mereka menghakimi takdir tuhan yang memberi ujian pada mereka. Kita diberi pilihan, cuma kadangkala manusia seperti aku dan kita semua tak terlepas dari membuat kesilapan. Dalam hidup ini jangan la berputus asa. Even takdir kita ditulis sejak azali lagi, kita yang perlu mencorak perjalanan takdir itu. Bukan membiarkan ia melencong ke tempat yang salah.


Jul 22, 2012

Ramadhan Tiba

Ramadhan tiba lagi. Blog aku juga dah berusang. Tiada lagi idea nak post. Kadang-kadang timbul juga rasa fed-up nak update blog. Haha

Post kali ini aku nak minta maaf pada sesiapa yang pernah aku buat salah. Juga tak lupa salam ramadhan pada umat Islam yang berpuasa sama ada di Gaza , Malaysia, Kepulauan Hawaii atau di ceruk-ceruk jambatan kayu yang usang. 

Nasihat untuk diri aku dan semua, tingkatkan la usaha dalam memperbaiki diri dalam bulan yang mulia ini.

Mar 12, 2012

Hiba

Hiba hati.

Baterry Kancil rosak.
Tak boleh bawa.

Arghh!!

Feb 27, 2012


Irfan

Minggu lepas member gua masuk hospital. Lutut dia barai. Istilah barai  lali dengan mulut dia. Tersenyum aku bila dia sebut "barai". Bukan apa, kesian tengok dia tahan sakit. Hahahaha.

I hope you will get better and play rugby back. But I think you should fit your body. Maybe because of that your knee cannot support and get easily injured.



Feb 10, 2012

Munasabah Diri

Semalam tengok rancangan TV Alhijrah "bersama Ustaz Don 30min".
Sedih dan sebak mengenang perngorbanan Rasul terhadap kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam rancangan tu belajar beberapa perkara penting:

  1. Hidupkan Sunnah Rasul
  2. Belajar cinta ALLAH dan Rasul lebih dari apa-apa pun.
Itu yang dapat belajar. Based on my opinion, aku rasa dunia sekarang penuh dengan fitnah, dusta, hipokrit dan nepotisme yang berleluasa. Kita haruslah hidupkan kembali sunnah nabi. Masih belum terlewat dan tak akan sesekali terlambat.

By the way, aku juga ingin kita sama-sama berfikir..
Jika dibandingkan tunggul kayu yang Rasul pijak ketika berdakwah dengan KITA, siapakah yang harus menangisi pemergian Rasul? Sedangkan tunggul kayu itu menangis..kita??

Kawan ! Mari kita angkat SUNNAH NABI !

Jan 14, 2012

Kuning

Maaf.
Dah lama kita tak bersama.
Dah lama aku tinggal.

Hari ini aku nak jalan-jalan dengan kau.

-Lc 135

Dec 11, 2011

Kisah 2



Kadang-kadang kita kena fikirkan kebaikan setiap insan yang hidup di dunia ini sama ada ayah, ibu, abang, kakak, pejuang dan sebagainya.